Thursday, March 12, 2009

No.777 - Sungutan Yang Tak Terdengar

Cuaca sejak kebelakangan ini tak menentu sangat. Sekali panas terik, sekali hujan "kucing dan anjing". Contohnya, hujan lebat semasa petang waktu ni bagai awan2 dah kebelet lama melepaskan kencing dlm sekaligus siol, ku mmg terasa hujan tersebut dah disimpan selama beberapa tahun dan rupa2nya bakal menyebabkan gempa bumi kut! Nak keluar pun susah, tinggal kat bilik pun mensia2kan masa aje. Cuih! Niat mengulang kaji langsung tak hadir sepanjang hari walaupun ujian Organic Chemistry dah nak menjelang dah!

Cuaca tak baik, mood pun takde. Kalau kau tanya ku macam mana ku menghabiskan masa sepanjang hari ini, haha, berikutnya jawapan ku : bersembang sikit, membeku di depan laptop sikit, main game sikit, guling2 atas katil sikit...ape lagi? Maka habis2lah satu hari yg patut mengulang-kaji. Dah terang pasal kisah sehari seorang budak kolej ke tak?

Kesemuanya atas tentu menjadi faktor dimana Sabtu ni hari kiamat bagi ku. Padahal 3 bab tak kira banyak tu tapi otak enggan berfungsi! Cilaka!

Baru2 ni pun tak bermotivasi nak bersenam lor, asyik makan aje sampai kenyang perut buncit, tidur, bangun, makan lagi...sehari ikut sehari takkan menjadi si gemuk pun susah. Takut aje semua ni takdir dan pesanan tuhan. Nampaknya cuma terima hakikat sedemikian aje lah! Baru ku ni tersedar betapa susah hidupnya apabila tidak mempunyai tapak sokongan yg kuat utk menggalak atau menyeru membuat sesuatu yg patut dilakukan khasnya hidup perseorangan di luar. Kononnya, kewujudan orang2 tersayang di sekeliling amat penting...percakapan ni mmg benar sangat.

Tapi dari segi fikiran yg ceria, hidup takkan menjadi hidup kalau takde apa jua cabaran yg nyata di depan mata. Tentunya ada cara utk mengatasinya selagi kita ingat bahawa bak kata pepatah orang Iban : Agi idup, agi ngelaban! Fight fight fight for victory (yg ni baru menunjuk hidup ku bertujuan)! Hidup tanpa tujuan kan lebih baiklah pergi rehat kat pusara? Dan jgn nak kata mimpi tu penting sebab ku mmg rasa mimpi hanya bikin utk orang yg suka tidur selama2nya.

Sekarang ni, ku hanya nak belajar bersungguh2 utk mencapai tujuan tersebut! Tinggal lebih kurang 1 minggu aje! Emang gw pikirin!

Entah mengapa tiba2 terasa penat sangat T.T . Baru cakap nak belajar sungguh2, mempersiasueykan betul!